Ini bukan Bazaar Ramadhan UiTM Melaka 1.
Nasi Goreng yang Murah.Dah jadi menu utama bulan puasa tahun ni, beli nasi goreng (baru RM1.20 sbungkus beb) lepas tu beli ayam masak merah dining. Bertambah slim aku puasa ni.
2.
Dekat.
Walaupun harga yang dijual ada yang mahal, tapi nak banding dengan cost nak pergi Alor Gajah.. sama je kan?
3.
Upacara Bau-BauanDah jadi tradisi hidup, sebelum beli makanan, mesti usha dan bau dulu, dah kenyang baru beli. Memang dapat mengurangkan nafsu belanja.. dan pahala!
4.
Festival Fashion Secara Free dan UmumNi yang paling hebat, dan yang paling penting, juga menjadi sebab utama aku, dan mungkin kebanyakan orang yang pergi ke bazaar ni. Tak kira perempuan, lelaki, separa perempuan, dan mungkin separa lelaki mesti dress 'hebat' bile pergi bazaar.
Aku - Kau nak pergi mana? siap strika(betul ke eje?) bagai.
Sahabat di Level X - nak pegi bazaar ramadhan.
Aku tak kisah lelaki, aku kisah perempuan je, mereka ni memang hebat, kalau boleh ikut skala puasa aku ni, dari pagi sampai petang ada la dalam 60% (aku tak alim), tapi bila sampai je bazaar then balik bilik skala puasa aku selalunya dah 20% je oleh kerana hasil cucian mata yang hebat.
*dah lama tak post blog in malay, dont worry, lepas ni english balik*
*edited 14th sept 08*