Monday, May 28, 2012

pusingan.

Hari ini pergi majlis perkahwinan rakan.
melihat gambar lama beliau, teringat akan album lama sendiri.

menatap balik.
rasa nostalgik menjerkah diri.

teringat cerita kejayaan dan kesilapan, kegagalan.
heh...


nanti masa kahwin aku mahu buat tema perang angkasa pula.
tapi tak tahu la bila mahu kahwin, calon pun tiada,
kalau ada pun, duit tiada.

ps: lama juga tidak berjumpa rakan lama...

Wednesday, May 16, 2012

bukti.

hari ini, waktu berlalu sememangnya lama,
doa dimakbulkan rasanya.

seronok melihat rakan-rakan gembira.
dalam gembira, timbul sesal.

dari banyak aspek,
perkara, boleh menjadi lebih baik sebenarnya.

"bagaimanapun hidup perlu diteruskan."

sekarang mahu tumpu beli barang-barang yang berada dalam wishlist pula.



Monday, May 14, 2012

sambutan.


hidup seharian berlalu begitu pantas,
tanpa sedar bahawa, aku masih bergelar pelajar.
Esok, aku pinta masa berlalu lambat,
mahu nikmati saat-saat terakhir di menara gading,

sebelum rutin hidup kembali seperti biasa.