Wednesday, April 24, 2013

buang masa.

Kadang-kadang,
bila aku hanyut dek kerana keinginan dan sifat terlalu teruja.

Aku renung kembali masa lalu yang gelap,
menyumpah seranah seorang diri,
memikirkan betapa bodohnya diri mengabdikan diri,
membazirkan masa, membuang tenaga,
kepada sesuatu yang tidak pasti...

... yang jelas tidak tahu apa erti syukur dan saling menghargai.

Aku pernah fikir, adakah dunia ini begitu tipikal?
Indah dihargai, meskipun isinya buruk.

Kemudian aku diam,
sumpah seranah berhenti,
perasaan syukur mula timbul,
kerana jika tidak ditemukan dengan entiti yang sebegitu,
aku tidak akan belajar.

Aku tidak akan belajar.

Erti sia-sia, Erti hidup.

Aku pandang kembali ke masa hadapan,
cuba mentafsir dugaan dan ujian satu persatu,
dengan bekal pengalaman.

Aku harap ia tidak berulang,
jika ia berulang sekalipun, aku harap ia tidak seteruk dahulu.

Bangkit.




Monday, April 08, 2013

khayal.

Ia seperti dadah,
sekali dicuba, bangkit keinginan untuk terus mencuba.

Ia seperti dadah,
masa terasa lama,
keadaan persekitaran terus tidak dipedulikan,
yang penting, hanyalah apa yang terjadi ketika itu.

Senyum, tawa, suasana terasa indah,
seperti esok tidak ada.

Ia seperti dadah,
selepas saatnya berakhir,
peristiwa terus kekal bermain di minda,
akal dan hati berkonflik,
hal dunia dirasakan tidak penting.

Ia seperti dadah,
tetapi tidak upaya untuk membunuh,
cuma mampu menyeleweng.

Gunanya akal, untuk mewaraskan hati.
supaya tidak taksub.

Agar dadah, tidak bertukar menjadi nasi basi.
indah bertukar jemu.
tawa bertukar hiba.