Monday, December 25, 2017

anxious.

In a few days, my wife will be 9 months pregnant.

Many things flew in and out of my head.
I am scared, yet I am happy.

Life after marriage, is different.
I admit, it is hard..
but somehow I still manage to hold on.

Life is not as luxurious as before,
but I'm happier.

and I guess that's important.

To be happy, than to be alone.

I used to be very skeptical on marriage.
questioning on why people commit when they're not ready financially.

I have the answer now.

You can never be ready, if you don't have a target.

Once I met her, I know what my target is, what my dreams are.

Now, our little ones will be born, Insya Allah.
Things will be more challenging, but I hope I am ready to manage.


Thursday, June 15, 2017

Iri.duri.

Alhamdulillah,
Hampir tiga bulan kami berdua, Insya Allah, jika diizinkan tuhan tidak lama lagi, bertiga.

Rezeki kebahagiaan ini hanya tuhan sahaja mampu beri.
Tidak sangka hamba-mu yang penuh dengan kesilapan dan kecacatan ini, masih lagi diberi peluang untuk hidup bahagia.

Bahagia itu subjektif, di rumah aku terasa bagai syurga.
Setiap kali lihat wajah si-dia, aku rasa seperti di awangan.

"Aku harap perasaan ini berkekalan, dan aku harap kami sentiasa begini hingga akhir hayat"

Namun, di tempat kerja, aku rasa hambarnya begitu terasa.

Entah kenapa, sejak tahun lepas suasananya berubah sungguh.
Dahulu, aku mudah berhubung dengan semua, semuanya baik sahaja. Akrab.

Kini, aku rasa begitu jauh terpisahnya ukhwah.
Bukan semua, namun dengan segelintir individu yang pernah aku rapat dahulu.


Dahulu,
Tiap kali bertemu, paling kurang senyuman akan dilemparkan.
Setiap kali ada masa, borak panjang itu wajib.
Bertukar cerita, berkongsi pengalaman, ketawa.
Tidak janggal, rapatnya ukhwah terasa bagai adik beradik meskipun jauh jarak umurnya.

Kini,
berubah sama sekali, contradict.
Bila terserempak tidak bertegur, apatah lagi senyum.
Kadang aku terfikir, salah apa pula aku sudah buat ni?

Bukan seorang, dengan sahabat yang paling rapat juga begitu,
Dahulu segala perkara dicerita bagai tidak berhenti.
Kini, pelik tiba-tiba diasingkan aku tanpa usul bicara.

Aku pun, mungkin ego, malas mahu mengambil tahu.
Silap langkah juga daripada pihak aku.
Mengenang diri diasingkan kadangkala timbul juga iri, dengki.
Namun aku buang semua itu, tiada faedah pun.

Tidak guna mengeruhkan keadaan.

Aku harap ada insan akan bercerita kepada aku, kenapa sampai begini jadinya...
Adakah wujud pemutar cerita penyebab cela dalam perhubungan,
atau aku sendiri yang bersalah tanpa sedar.

Wallahualam.

Aku harap semuanya akan menjadi baik.
Kerana doa aku sentiasa ditujukan kepada kebahagiaan keluarga, isteriku dan rakan-rakan.

Wednesday, March 08, 2017

debar.

... dan masa yang singkat itu, membuatkan aku selalu terfikir sendirian sekarang.

Hidup bakal berubah, rutin dan keutamaan tidak akan sama.
Selepas ini semuanya bakal diputuskan berdua.
Cabaran hidup, momen indah, sedih, duka semuanya berdua.

Tuhan, aku minta semuanya dipermudahkan.
Kekalkanlah kami bersama hingga ke akhir usia,
berikanlah kami kehidupan yang bahagia.

Jika kami diuji, kuatkanlah hati kami, permudahkanlah perjalanan ujian itu.

amin.

Thursday, February 02, 2017

Hard.


It is not easy to just throw one of the most important phase of your life away, to just forget.

I can't.

I want to move on, yes I can, but to forget and think like it has never happened. I can't.
It won't do any justice to the wonderful things that has happened.

No, I don't want to turn and get back like we used to.
I have someone else to care for now.

I just don't want to remove the memories I have with you.
Instead, I want to cherish that memory from start until the end.

I am deleting the visuals and pictures of our time together,
but I will never forget you.