Monday, July 15, 2013

pegangan.

"Hidup berlalu terlampau pantas."

quote yang sememangnya sudah banyak kali aku guna.
Tapi itulah kebenaran.
Cuma kali ini, kebenarannya tampak lebih jelas.

Dulu hidup semasa belajar,
misi dari hari ke hari ialah untuk mengalami perkara baru,
tidak mengapa tergelincir, janji pengalaman dirasa.
Pergi ke kelas, balik dari kelas, tidur.

Hidup aman, nyenyak, meskipun dibelenggu kerja rumah,
tapi, kerja rumah hanya masalah hujung semester,
selepas itu, kembali tidur, 
menikmati masa, bersama rakan alami kemeriahan hidup.

Kini, semua berubah,
hidup dari hari ke sehari membanting tulang,
untuk menikmati faedah lumayan yang sedapnya dirasa tidak lebih dua minggu.

Segala risiko diambil, bakal mengubah masa depan.
Reputasi perlu dijaga, supaya mulut orang tidak berbunyi bising.
Pengalaman dialami lebih besar, dan lebih berharga.
Tetapi untuk meraih ilmu daripada pengalaman sebegitu, korban tenaga begitu banyak.

Rakan, berubah dimensi.
Yang lama semakin mengambil haluan baru.
Tapi tidak bermakna terpisah, cuma jarang melekat.

Suasana riuh, kini sepi.
Hanya tinggal memori...
... dan pegangan yang masih kuat,
untuk mengejar mimpi.

No comments: