Wednesday, March 08, 2017

debar.

... dan masa yang singkat itu, membuatkan aku selalu terfikir sendirian sekarang.

Hidup bakal berubah, rutin dan keutamaan tidak akan sama.
Selepas ini semuanya bakal diputuskan berdua.
Cabaran hidup, momen indah, sedih, duka semuanya berdua.

Tuhan, aku minta semuanya dipermudahkan.
Kekalkanlah kami bersama hingga ke akhir usia,
berikanlah kami kehidupan yang bahagia.

Jika kami diuji, kuatkanlah hati kami, permudahkanlah perjalanan ujian itu.

amin.