Saturday, February 04, 2012

susah sebenarnya

untuk mengelakkan diri dari tidak dikata dan difitnah,
adalah perkara paling mustahil untuk dilakukan.
jadi dahulu, aku pernah buat satu resolusi baru,
resolusi untuk diri sendiri.

elak diri dari berkata buruk tentang orang lain.
tampak senang, tapi susah.

aku jadi penat bila lihat kawan, menjadi lawan.
individu yang sebenarnya baik atau tidaklah sejahat mana pun, 
jatuh dan dipulau,
hanya kerana khabar angin yang berpunca dari kata-kata,
yang mulanya ringan, terus berat.

betul, kadang kata-kata ini sangat perlu,
untuk beri peringatan, tentang apa yang akan berlaku jika kamu
berkawan dengan seseorang yang dimaksudkan itu.

tetapi cara penyampaiannya perlu lah dengan cara yang baik,
menasihati, bukan menghasut.

tapi kata-kata bukan mudah untuk di elak.
aku sendiri selalu buat.
betul.

tapi aku cuba kawal. 
terpulang pada kamu semua untuk menilai,
jika kamu bercerita pada aku,
cuba lihat,
adakah cerita kamu itu akan tersebar keesokan harinya atau tidak.

jika kamu hanya bercerita pada aku lah.
tapi jika hari itu kamu sudah bercerita kepada 100 orang yang bertuah.
mungkin kamu perlu mula 'menghitung' kesan kelakuan kamu.
dan mula muhasabah diri.

terima kasih.

No comments: