betul.
Kalau kau anggap dunia ini tidak adil,
kau bodoh.
Malas aku nak memberi contoh kasihan kanak-kanak di Afrika.
Kamu semua sudah tahu.
Aku syukur atas segala yang terjadi sekarang,
walaupun banyak perkara yang terjadi sejak kebelakangan ini,
membuat aku sangsi tentang hala tuju hidup aku.
Hari ini, terdengar khabar individu yang tidak pernah aku tegur,
meninggal dunia.
maut datang secara tiba-tiba.
Justeru membuat aku berfikir,
nyawa kita, juga satu rezeki.
seperti arwah,
beliau juga mungkin mempunyai impian duniawi,
impian yang tak mungkin beliau dapat gapai sekarang.
Jadi,
kita masih hidup, masih ada peluang untuk menggapai segala impian,
bebas mewarnakan hidup kita sendiri.
tidak kiralah mahu ber-isterikan Mila Kunis ka, ataupun mahu menjadi tauke Gelang Ajaib,
tetapi selagi kita masih hidup, masih bernyawa,
peluang tetap ada,
Usaha,
dan rezeki akan datang.
walau bukan dengan cara yang kamu mahukan,
tapi mungkin,
dengan cara lain.
positive thinking brother
Al-Fatihah - Daim bin Jamaluddin (akas)
No comments:
Post a Comment