Ia seperti dadah,
sekali dicuba, bangkit keinginan untuk terus mencuba.
Ia seperti dadah,
masa terasa lama,
keadaan persekitaran terus tidak dipedulikan,
yang penting, hanyalah apa yang terjadi ketika itu.
Senyum, tawa, suasana terasa indah,
seperti esok tidak ada.
Ia seperti dadah,
selepas saatnya berakhir,
peristiwa terus kekal bermain di minda,
akal dan hati berkonflik,
hal dunia dirasakan tidak penting.
Ia seperti dadah,
tetapi tidak upaya untuk membunuh,
cuma mampu menyeleweng.
Gunanya akal, untuk mewaraskan hati.
supaya tidak taksub.
Agar dadah, tidak bertukar menjadi nasi basi.
indah bertukar jemu.
tawa bertukar hiba.
No comments:
Post a Comment