Friday, February 28, 2014
kembali.
5 tahun dahulu,
aku mula berjinak dengan lensa kamera.
DSLR D40x, jenama NIKON, itu sahaja yang aku mampu.
habis duit ptptn untuk semester tu.
Dengan lens standard, aku bereksperimen mencuba segala skill dan menduga kreativiti mengabadikan realiti.
Zaman teruja.
Kemana saja aku pergi pasti ada beg hitam besar tersandang di bahu.
Lepak di mamak, berjalan di shopping complex, aku bawa kemana saja,
mana lah tahu ada scenery cantik.
Mula-mula aku berseorangan, kemudian ramai pula yang berkongsi rutin sama.
bawa beg kamera besar sambil DSLR disangkut dileher.
dah jadi trend pula.
Aku pedulikan semua itu, hingga terdengar suara sumbang,
"poyo lah, bawa DSLR kemana-mana, setakat tahu guna AUTO saja, baik tak payah"
Aku terasa, bukan apa, aku juga jenis yang menyangkut DSLR di leher.
Tapi tidak pula aku gemar guna AUTO. MANUAL is the way.
Shutter, Aperture, ISO, white balance. Rutin aku masa tu.
Terasa.
Terus aku jarang membawa DSLR merata, termakan kutukan jahat.
childish.
Tapi kutukan itu ada betulnya juga, trend - maka ramai juga yang beli DSLR tanpa mempraktikkan kegunaan kamera itu sebetulnya.
Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang.
2010, D40x menghembus nafas terakhir, berhenti berfungsi.
Aku pula kekurangan wang, student, terus aku kuburkan dahulu niat mahu baiki.
Simpan cita-cita mahu kembali beraksi suatu hari nanti.
2014.
Aku kembali.
Bukan DSLR, minat aku tidak setinggi dahulu.
cukuplah sekadar point and shoot FUJIFILM X20.
Aku tak tahu jika blog ini ada pembaca setia, atau jika ada yang membaca sekalipun.
Lebih-lebih selepas aku ubah URL blog ini, atas dasar untuk meluahkan rasa dengan lebih bebas.
dan lebih emotional sebenarnya.
tapi future post, expect pictures, pictures and pictures.
Jika kalian ikut aku sejak 2008, kalian pasti perasan bahawa blog ini berubah patternnya setiap kali.
Aku pernah floodkan blog ini dengan gambar.
dan dengan gambar aku akan banjirkan blog ini untuk post seterusnya.
sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment