Monday, February 22, 2021

Dekad Baharu

Aku hilang sepanjang 2020.

Lupa bahawa aku ada kewajipan untuk blog di sini.

Bukan apa, pandemik yang berlaku buat aku utamakan apa yang perlu dahulu. Masuk saja hari ini, terus aku disajikan dengan template Blogger. Hebat juga akaun aku masih ada, syukur juga pada masa sama.

Blog inilah yang menyaksikan perubahan diri aku, penulisan dan pandangan.

Arkib penulisan hidup aku banyak di sini, dan kadangkala aku buka catitan lama untuk renungkan kembali apa yang telah berlaku pada aku dahulu.

2021, banyak yang berubah. 

Not a great start of decade.

Pandemik betul-betul merubah cara aku hidup. 

2020, menyaksikan aku hilang kerja. Perkara yang aku tidak pernah sangka berlaku dalam karier. Tetapi, Allah itu tahu apa yang terbaik. Aku diselamatkan oleh individu dalam syarikat itu sendiri. Aku sangat bersyukur.

Karier baharu ini berlainan. Tiada lagi bermalam mengedit, tiada lagi keluar shooting sambil menimba pengalaman baharu.

Hidup aku kini 9AM - 6PM. Mesyuarat di depan komputer - tiada lagi temuramah.

Circles kerja aku kini juga berubah. Teman-teman lama ramai yang terkorban - dek kerana retrenchment decision yang aku kira begitu tidak adil bagi kami. 

Tapi pentas baharu karier ini banyak membuka mata aku. Banyak sisi lain syarikat yang aku tidak pernah tahu sebelum ini, aku tahu. 

Majikan juga personalitinya berbeza, dan aku disajikan dengan layanan management yang jauh lebih baik dari sebelum ini - yang sifatnya lebih menjurus ke arah seniority.

Tetapi rasa rindu itu tetap ada. Jiwa aku, jiwa bercerita - jiwa kembara. Aku suka merakam cerita benar, jauh dari tugas aku sekarang. Melihat rakan wartawan yang masih bertugas, kadang aku meronta dalam hati ingin keluar.

Tetapi aku teringat kata-kata seorang rakan - 

"Mungkin ini masa kau bersama keluarga. sebelum ini kan kau selalu bermalam di pejabat."

Benar sungguh katanya.

Kehidupan keluarga aku pula semakin menarik. Melihat kedua anak makin membesar membuat aku makin cakna tentang perancangan hidup.

Alhamdulillah, kami juga dapat secure sebuah rumah. Mungkin tahun ini berpindah. Tidak pernah aku sangka saat pandemik ini - di waktu orang kehilangan kerja, aku boleh membeli rumah.

Melihat kembali dekad lalu, penuh warna sungguh.

Dalam masa 10 tahun (bermula 2010). 

Aku graduate , menganggotai band muzik, mengalami tiga kisah percintaan yang berbeza (yang ketiga berakhir dengan perkahwinan), berpeluang merasai karier wartawan, menjejakkan kaki ke beberapa buah negara, berkahwin dan menjadi bapa kepada dua orang anak.

Jika tiada apa yang menarik berlaku pada aku dekad baharu ini, mungkin highlight of my life will be during these years (2010 - 2020).

Panjang lebar aku menulis, mungkin baharu sekarang ada masa.

Aku harap dekad baharu ini penuh warna positif untuk aku dan keluarga.

Insya Allah.



No comments: