Wednesday, December 16, 2009

Perihal Bola Sepak Malaysia

Cubalah tanya sesiapa pun manusia yang bergelar warganegara Malaysia, kebanyakannya pasti akan berkata..

"ahh.. pasukan negara kita tak akan maju punya"

Secara lahiriahnya itulah perkara yang mereka akan kata, tetapi secara batiniahnya?

Siapa yang tidak berasa bangga bila melihat pasukan negara mereka berada dalam posisi yang agak 'dihormati' di dunia ini, apa lagi kalau kita berjaya ke Piala Dunia. Tapi siapa lagi yang tidak berasa fed-up jika melihat pasukan mereka bermain tanpa semangat bila ditekan bertubi-tubi oleh pihak lawan tambahan gameplay yang sememangnya berada pada tahap amatur PES 2009?

Bagaimanapun aku agak tertarik dengan pendekatan humble yang diamalkan oleh K.Rajagopal, sasaran utama beliau hanya untuk membawa Malaysia melepasi peringkat kumpulan Sukan SEA. Banyak kritikan yang diberi, tapi lihatlah sekarang?

Aku rasa tujuan beliau mungkin bukan untuk melemahkan semangat pemain negara, tapi mungkin sekadar untuk meringankan beban expectation pemain beliau sahaja, ini pendapat aku, pendapat orang lain mungkin berbeza.

Apapun, aku harap pemain Malaysia akan memberikan tentangan sebaik mungkin esok, aku tak mengharapkan kemenangan, cuma gameplay yang menarik dan semangat juang yang tinggi. Kalau kalahpun biar kalah bermaruah beb.

ps :Aku teringin melihat gameplay bola sepak Malaysia kembali setaraf seperti di bawah,



4 comments:

Unknown said...

bila orang malaysia mula support scene bolasepak tempatan instead of tunjuk lagak sanggup mati demi kelab bolasepak orang putih (bahkan mengalahkan orang putih sendiri), then barulah kita boleh maju slowly.

liga malaysia pernah masuk game fifa kot dulu!

thats the significant foundation of all.

flip flop flap flup

Encik Luzzi said...

orang Malaysia ramai sahaja yang willing utk support scene bola sepak tempatan,


tapi time final sajalah. hehe

lagipun ada ja segelintir yang menyokong dari mula, cuma golongan segelintir itu tak berkembang-kembang. entahla.

yes.. tak silap aku pernah keluar FIFA 97 ke 96.

Unknown said...

org malaysia suke ckpa tentang nasib bola sepak mereka tapi x sokong pon!bile kalah,mengutuk bagai nak mampus, bile ok, bru nak puji, baru bukak mata.. xpaham aku

aku harap Malaysia menang baru leh tonjolkan dan buat manusia2 byk mulut kat luar 2 diam.. :)

hans said...

Fifa 97 ke 98
ada dalam game
tapi pemain malaysia dalam tu lari slow gila
hahaha
yups
esok diorang lawan dan main biar bersemangat
kalau macam lawan laos jer main memang kalah lah